Sunday, 12 May 2013

Alhamdulillah

assalamualaikum,,
Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan dengan lancar :) memang pada mulanya, 'ite' agak takot dengan keputusan yang sudah dipersetujui oleh kami berdua(DC) tapi bila saya&dia buat keputusan dengan niat LILLAHI TA'ALA, insyaAllah kita akan dapat hasil yang mengembirakan jiwa,hati dan diri sendiri. 
Mula-mula memang agak rumit sikit, hari first kami cuba berubah, dari selalu mesej jd "jarang", dari jumpa jd "tak jumpa", dan banyak lagi perubahan yang kami buat. Memang susah nak ubah sebab dah terbiasa kan :) tapi ini lah yang terbaik untuk kami :)
saya&dia tak memutuskan hubungan yang dah nak masuk 2tahun nie, kami cuma ambil masa untuk saling mempersiapkan diri sebelum kami maju selangkah kehadapan. INSYAALLAH AMIN :) 

Oke, sy cite pengalaman sy bila kami dah setuju untuk buat perubahan, sy tak tahu kenapa senang sangat air mata mengalir bila teringatkan "dia". yelaah, dah laa tak boleh jumpa, pastu kena kurangkan mesej, dia pon ada pesan, dia takan halang sy nak buat apa yang sy suka sebelom dia "ikat" sy dgn ikatan yang sah. Dia bagi sy cari pendamping yang lagi layak untuk sy, dan dia jugak akan buat benda yang sama. Time tu memang terasa "kehilangan" sangat, baru sy sedar yang dia adalah insan yang penting dlm hidup saya. Hati ini tak tenang, sy cuba cari ketenangan tu balik dengan mendekatkan diri kepada-Nya,.. Sy buat solat tahjud,hajat, istikharah,baca al-Quran, dan berzikir untuk tenangkan hati, alhamdulillah sy dpt cool kan diri sikit, tp setiap kali sy berdoa untuk DC, air mata sy mengalir tak henti-henti.

Malam tu, sy kuatkan diri sy mesej dia dan bgtahu apa yg sy rse time tu, bincang sikit-sikit, alhamdulillah rasa lega sangat :)time tu sy sedar "kita patot menghargai orang-orang yang menyayangi kita sebelum mereka meninggalkan kita selamanya", maksud sy kat sini, bkn bf/gf je, mak ayah dan family korang, klau korang tak hargai family korang sekarang, macam mana pulak bila dah berumah tangga nanti, fikir-fikirkanlah,..tak salah belajar dari sekarang :) terima kasih banyak-banyak kpd Mohamad Hafiz Mohd Hidzir yang telah banyak membuka mata sy dalam -segenap,setiap,segala- aspek kehidupan ini, mengenali dia adalah satu anugerah yang tak ternilai&tak terucap, terima kasih Ya Allah kerana sudah membuka pintu hati ku ini ketika aku sedang mencari sinar-Mu, :') alhamdulillah syukur.....
bila kita sedar hidup kita ini hanyalah persinggahan, rasa diri ini kerdil sangat, dah cukup ke amalan ?? syurga ke neraka,? semua tu telah membakar semangat sy untuk buat yang terbaik dalam setiap helaan nafas sy kali ini, insyaAllah saya cuba !!

Thursday, 9 May 2013

Maafkan saya,,~Ini Jalan Yg Terbaik~


Kehadapan dark coklat ku...
sy di sini sihat hendaknya walaupun kadang-kadang sakit bertandang,
janganlah awak bimbang...sy mampu menahannya
kerana Allah tidak akan menguji seorang hambaNya mengikut kemampuan hambaNya sendiri
harap awk pun dalam keadaan sihat serta
sentiasa berada di bawah rahmatNya walau di mana jua awk berada.
Tinta kali ini bukan untuk mengganggu...
Sekadar ingin meluah rasa dihati...
Maafkan sy andai selama ini sy leka dengan cinta dunia
Maafkan sy andai selama ini sy tak menjaga tatasusila
Maafkan sy andai selama ini sy menyakiti hati awk sehingga terluka
Maafkan sy andai selama ini sy mensiakan cintaNya
Maafkan sy andai selama ini sy tak ingat padaNya
Berjuta kali maaf pon, sy tahu tidak akan merubah apa-apa
Sy akan cuba yang terbaik kali ini
sy serba kekurangan...diharap awak boleh melengkapkannya
sy bukan jelitawan...diharap awak mampu menerimanya
sy bukan intelektual...diharap awak mampu membimbingnya
sy tidak punya apa-apa...diharap awak sanggup bersama
Yang sy pinta bukan ketampananmu...
Yang sy damba bukan hartamu...
Yang sy mahu cuma imanmu...
Yang sy ingin hanyalah cintamu....
Bimbinglah sy...
Tunjukkanlah sy...sy tidaklah mahir menulis bait-bait kata...
Sy tidaklah petah dalam bicara....
Namun, yang pasti...
Ianya ikhlas lahir dari hati....Sy harap kita akan dipertemukan suatu hari nanti..
Di mana ketika itu...Sy dah bersedia...
Sy layak untuk mendampingi awak...
Bukan hanya sebagai isteri kepada awak...
Tapi ibu untuk anak-anak kita..Sebelum kita diijabkabulkan...
Sy akan mempersiapkan diri untuk mengejar cintaNya,
redhaNya, mendekatkan diri kepadaNya,
Mungkin ini yang terbaik sebelum sy bergelar zaujah awak..
Sukar tuk sy lupakan..
Sy redha jika awak pergi...
Sy redha jika awak membenci...
kerana...
Segalanya belum dimetrai...
Segalanya belum disaksi...
Sy pasrah jika itu terjadi...
Sy pasrah jika itu takdir diri...
kerana...
Biarlah tangis sebelum janji dimetrai...
Bukannya setelah semuanya selesai...
kerana..
Bagi sy perkahwinan hanya sekali,
Kita perlu ikhlas menemani,
Kita sanggup memberi,
Kita mampu menerima,
Tu laa "Give and Take" yg perlu ada untuk sebuah hubungan,
Andai jodoh kita berkekalan...
InsyaAllah kita akan berbahagia..
Meskipun hayat hidup tak sama...
Sy akan berusaha membahagiakan awak..
Andai jodoh bukan milik kita..
Usahlah kita bermasam durja...
Pasti ada hikmah di sebaliknya...
Sy doakan kebahagiaan awak..Bermohonlah padaNya selalu..
kerana cuma Allah yang mendengar isi hati kita...
Sy berdoa yang terbaik untuk DC,!! 


Dari bakal isterimu,...
MustaQimah Bt Mat Zaid

p/s: maaf still gne DC , sy tak sanggup kehilangan awak,, rindu sayang cinta sy pada awak akan melalui Dia mulai hari ini,, *istikharah cintaMu* yup,,, istikharah jalan yang terbaik utk kita, terima kasih ! assalamualaikum
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
c0pyright@sEgaLa yg tERcataT di dLm bLog nie aDaLah Hak Milik Kekal Abadi Nik MustaQimah..Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.Penulisan ini bukan kerana harta,harta tidak menjamin ke syurga.Bukan juga kerana terpaksa,Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.Ini bukan kerana sesiapa,Penulisan ini hanyalah kerana Allah,Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,Gerbang menuju Jannah ..