
Dengan memakai tudung labuh menutup kepala,
Kawan-kawan mengatakan aku Ustazah,
Dengan memakai pakaian yg kemas, longgar, bertutup rapi ditubuhku,
Dengan memakai pakaian yg kemas, longgar, bertutup rapi ditubuhku,
Kawan-kawan mengatakan yg aku ini tidak trendy,
Dengan bicara yg sopan meniti di bibir,
Kawan-kawan mengatakan bahawa aku cuma berlakon,
Dengan menitik beratkan keperibadian akhlak yg terpelihara,
Kawan-kawan mengatakan aku cuma ingin menarik perhatian,..
Duhai sahabat yg mengharapkan sanjungan & pujian,
Cantik bukan bererti mempamerkan aurat,
Cantik bukan bermakna kena selalu berdandan lawa,
Cantik juga bukan bermaksud ingin menarik perhatian,
Dan cantik bukan bererti kita dijadikan bahan tontonan umum,..
Ku sarungkan jilbab di kepala terasa damai dihati ini,
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk ramping tubuhku,
Ku lakukan semuanya itu hanya kerana cintaku pada Rabb-ku,
Lantas aku berbisik dalam hatiku,
Semoga Rabb-ku bahagia melihat hamba-Nya ini,
Patuh & taat melaksanakan perintah-Nya,
Dan menjauhi larangan-Nya,..
Andai sahabatku memahami isi hatiku ini,
Sahabat,.........
Cantik bukanlah satu ukuran di akhirat kelak,..
Cantik bukanlah satu ukuran di akhirat kelak,..
Tetapi,....
Amal ibadat kita yg dihitung di sana nanti,....
ukhwah fillah abadan abada ^__________^





