Monday, 31 October 2011

~✿MaDah bUaTmu S.A.H.A.B.A.T✿~(✿◠‿◠)


Ya Alah,.. tika Engkau hadiahkan diriku S.A.H.A.B.A.T,.. 
jadikanlah hatiku ini BERSYUKUR atas kurniaan-Mu,..
jadikanlah hatinya berlapang dada menerima kekuranganku,..

Ya Allah,.. tika Engkau hadiahkan diriku S.A.H.A.B.A.T ,..
jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuanganku,..
peniup SEMANGAT juangku,..
yang saling membantu memikul AMANAH DAKWAH agama-Mu,..

Ya Allah, tika Engkau hadiahkan diriku S.A.H.A.B.A.T,..
jadikanlah hubungan ini disemai atas KEREDHAAN-MU,..
teguhnya atas cinta pada-Mu,..
dilindungi dari segala MAKSIAT dan hal-2 yang melalaikan dari mengingati-Mu,..

Ya Allah,..
BAHAGIAKANLAH hatiku dan seluruh sahabatku dengan penuh kecintaan kepada-Mu...


>>>>Penghargaan buat INSAN yang bergelar S.A.H.A.B.A.T,... cinta sahabat demi redha-Nya,.. sayang fillah (✿◠‿◠)

>ukhwah fillah abadan abada<

Sunday, 30 October 2011


"Demi MASA, sesungguhnya manusia itu dalam KERUGIAN kecuali orang-2 yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH dan mereka pula saling memberikan PENGAJARAN tentang kebenaran dan kesabaran."
(Surah Al-'Asr : 1-3)

Firman Allah SWT di atas jelas memberi AMARAN pada kita sebagai hamba-Nya, sia-2 sahaja bagi hidup sesiapa yang tidak pernah MEMANFAATKAN masa yang terluang tanpa mengerjakan sesuatu perkara yang BERFAEDAH,! Perlu diingatkan, jangan mempersiakan peluang yang ada ini,! Jadilah MANUSIA/HAMBA yang BIJAK dalam menguruskan masa dan sentiasa mencari peluang untuk :
1~ MENAMBAH ILMU DUNIA
2~ MENAMBAH ILMU AKHIRAT

Dengan ILMU, seseorang akan dapat menemui KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN HAKIKI,.. Kerana kejayaan itu bukan destinasi,
ia adalah satu PERJALANAN untuk bertemu dengan-Nya. Dengan ILMU juga, kita dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk, kita tidak akan terpesong dari landasan-Nya jika kita beramal dengan ILMU yang kita peroleh itu.


>>>Pesanan untuk diri ini dan tak lupa juga kpd SAHABAT-2 :
"Allah mencintai orang-orang yang BERTAQWA tetapi Allah LEBIH MENCINTAI REMAJA yang bertaqwa...."
(Saidina Ali)

Sunday, 23 October 2011

•♥• AYuh "rEnOvate" HATI •♥•


Kempen untuk minggu ini  ^_____^ ( SAMA-2 KITA "RENOVATE" HATI )
oke, !! Untuk pengetahuan semua (sape-2 yang belum tahu laa,..)
saya akan berkempen setiap 2/3 minggu sekali,.. kih3x (ye-2 ooo je minah nie kan?)
haha x) ,.. gurau-2 je yek ! saje nk bergurau-senda, menceriakan hati yang sedang berduka lara,.. kuang-2 (T_T)

Hari nie, sama-2 lah kita me'muhasabah'kan kembali hati kita ini, begitu juga diri kita, kemana hala tuju kita dan yang paling penting sekali "Apa tujuan UTAMA kita hidup di atas muka bumi Allah nie?".
Untuk apa kita hidup ??
Kemana kita akan pergi selepas ini ??
Semua itu, kita kena ambil tahu tau, jangan terlalu suka dan lagho sangat dengan kehidupan yang sementara ini. 

Dalam surah (Az-Dzariyat : 56 ) "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"

Itu tujuan Allah ciptakan kita !! Jadi,... kawan-2, janganlah kita menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur. Selagi matahari belum terbit dari barat ke timur, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah masih ada masa untuk kita "RENOVATE" hati kita ini,.. Jangan lengahkan peluang/masa yang Allah beri ini, gunakanlah peluang yang ada ini sebaik mungkin,..
Semoga kita tidak lalai dengan nikmat yang sementara ini. 

 ~ pesanan untuk diri ini juga ^^, jom muhasabah diri ;]
sElaMAt BERKemPen >_<

Saturday, 22 October 2011

~teknik “Pinhole Effect”~


Tentu amat sukar jika anda yang rabun, yang berkaca mata tetapi tidak ada cermin mata disebabkan pecah, hilang atau lupa membawanya dan sebagainya terutama bagi mereka-2 yang sudah berumur 40 tahun ke atas.

Contohnya semasa berada disebuah supermarket, nak tengok harga yang tertera pada barang yang hendak dibeli. Yang mana hurufnya kecil, tapi kita terlupa membawa cermin mata.

Dalam keadaan darurat sebegini, ada 1 cara untuk mengatasinya, iaitu dengan menggunakan teknik "Pinhole Effect". Teknik efek pinhole adalah pada kelainan refraksi mata(kelainan penurunan penglihatan mata yang dapat diperbaiki dengan cermin mata), penglihatan akan bertambah baik bila melalui suatu celah atau lubang kecil.

Semasa keadaan darurat, kita dapat membuat alat bantu iaitu dibuat dari sebuah kadbod kecil, berukuran 3 x 5cm, kemudian pada kadbod tipis/kertas itu ditebok satu lubang, dengan cara membuat lubang menggunakan hujung pen. Kita boleh mengintip melalui celah lubang tersebut, dengan cara tu huruf yang kecil akan nampak dengan jelas !

Namun ada yang lebih praktikal, agar kita tidak perlu bersusah payah membuat kertas berlubang kecil tadi dengan menggunakan tangan kanan kita.

Objek yang akan kita lihat pegang dengan tangan kiri. Kemudian tangan kanan kita gunakan sebagai pengganti kertas berlubang tadi. Dengan membuat celah kecil antara ibu jari dan jari
telunjuk. Tak paham ?? buat cam gambar kat bawah nie yek :)


Dari celah tersebut kita boleh lihat satu persatu perkataan dengan lebih jelas dan senang dibaca. Ini berlaku untuk penglihatan jauh mahupun dekat ^_________^

Thursday, 20 October 2011

~sEmuanya TERPULANG pada kita !!



Di dunia moden hari ini,.. PILIHLAH untuk menjadi GADIS BIASA yang bersederhana pada segalanya, cara mahupun gaya ,.. Tanpa eye shadow dan pemerah pipi, tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian, tanpa gemerincing loceng gelang kaki, tanpa kasut tumit tinggi yang berdetak detak, tanpa tudung singkat yang mendedahkan dada, tanpa selendang jarang yang menampakkan leher jingjangnya, dan tanpa pakaian yang menjolok mata ,...


SUSAH ???
~> memanglah,.. saya tak kata pon senang,,.. normal la tu !! kita kan berjiwa muda, warna-warni menggamit mata,... rasa ingin MENCUBA itu dan ini membara-2, tapi kita harus SEDAR DIRI,.. tanpa semua itu pun, kita (wanita/perempuan) sudah pun menarik PERHATIAN kaum adam,.. kita kena ingat, manusia yang menghuni syurga Allah semuanya hebat-2. Susah nak jadi yang hebat nie, nak kena jaga batas pergaulan, jaga aurat, jaga solat, jaga percakapan, jaga pandangan, jaga semuanya.!
tapi tape, macam satu pepatah nie, BERSUSAH-2 DAHULU, BERSENANG-2 KEMUDIAN,..




~> Itu semua terpulang pada kita untuk membuat pilihan,.. PILIHLAH untuk menjadi seorang GADIS BIASA,.. Biar tidak up to date, biar tidak bergaya, biar tidak dipuji, biar tidak trendy, biar apa orang nak kata, asalkan AGAMA penuh didada  (✿◠‿◠)



Insya'Allah
.The Beauty of Islam.

Wednesday, 19 October 2011

Entah mengapa air mata ini mengalir tanpa henti,..
Memikirkan ujian-ujian yang melanda diri sejak kebelakangan ini,..
Hamba-Mu ini tidak kuat Ya Allah,..
tetapi,.. aku tahu, Engkau tidak akan menimpakan ujian pada seseorang itu tanpa kemampuannya,..

Ya Allah,..
Kuatkanlah hati hamba-Mu ini,
Kau tabahkanlah hati ini,
Dari godaan cinta insani,
Yang tidak menjanjikan kebahagiaan hakiki.

Ya Allah,..
Ampunkanlah dosaku,..
Bukan niat dihati untuk meruntuhkan iman mereka,
Tetapi semakin aku menjauh,
Semakin mereka mendekati,
Berdosakah diri ini Ya Rabb,?

Ya Rabb,..
Sungguh, aku tidak mahu,
Tidak mahu menjadi panahan syaitan untuk merosakkan iman mereka,
Kau selamatkanlah imanku,
Kau selamatkanlah iman mereka.

Ya Rahman,..
Hamba sedar akan kekerdilan diri ini,
Tidak layak mementukan siapa jodohku,
Aku menolak bukanlah kerana aku memilih,
Tapi aku tidak mahu terus dibuai cinta manusia seawal umur ku ini,
Biarlah aku menikmati dan merasai hangatnya cinta HAKIKI bersujud kepada-Mu,
Apabila tiba masanya,
Akan ku buka pintu hatiku untuk si"dia" seikhlas hati,

Ya Rahim,
Aku rela dikatakan sombong,
Aku rela dikatakan jual mahal,
Aku rela dikatakan itu ini dan sebagainya,
Kerana aku tidak rela dipandang hina oleh-Mu.

Aku takut Ya Allah,
Andai sahaja aku menerima cintanya yang tidak halal,
Adakah Engkau akan redha dengan perhubungan itu nanti,??
"Wahai pemilik nyawaku,
Betapa lemahnya diriku ini,
berat ujian dari-Mu,ku pasrah semua pada-Mu,
Tuhan,,kuatkanlah aku,
lindungilah aku dari putus asa,
sakit yang ku rasa,biar jadi penawar dosa-dosaku
moga selamat cintaku~~"

insya'Allah finnajah~ ^_^

Monday, 17 October 2011

~LuAhan sEoRang MUsLimiN

"Aku lihat ramai gadis yang cantik, comel, baik, lawa, manja, menggoda, gadis yg kaya, yang bertudung, dan bermacam-macam lagi dilaman sosial mahupon di dunia yg nyata,.. Namun, tidak sedikit pon aku terpikat dengan mereka,"
"Tapi,... aku lihat seorang gadis yg menjaga agama dan memegang erat iman didalam hatinya dan ku lihat dia malu menunjukkan tentang dirinya dilaman sosial mahupon di dunia yg nyata,.. Hatinya hanya terikat dengan
yang Maha Esa Pencipta,.......
Aku jatuh cinta padanya"

Thursday, 22 September 2011

sAhabaT !! dengarLah RinTihaNku -_-


Dengan memakai tudung labuh menutup kepala,
Kawan-kawan mengatakan aku Ustazah,
Dengan memakai pakaian yg kemas, longgar, bertutup rapi ditubuhku,
Kawan-kawan mengatakan yg aku ini tidak trendy,
Dengan bicara yg sopan meniti di bibir,
Kawan-kawan mengatakan bahawa aku cuma berlakon,
Dengan menitik beratkan keperibadian akhlak yg terpelihara,
Kawan-kawan mengatakan aku cuma ingin menarik perhatian,..

Duhai sahabat yg mengharapkan sanjungan & pujian,
Cantik bukan bererti mempamerkan aurat,
Cantik bukan bermakna kena selalu berdandan lawa,
Cantik juga bukan bermaksud ingin menarik perhatian,
Dan cantik bukan bererti kita dijadikan bahan tontonan umum,..

Ku sarungkan jilbab di kepala terasa damai dihati ini,
Ku longgarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk ramping tubuhku,
Ku lakukan semuanya itu hanya kerana cintaku pada Rabb-ku,
Lantas aku berbisik dalam hatiku,
Semoga Rabb-ku bahagia melihat hamba-Nya ini,
Patuh & taat melaksanakan perintah-Nya,
Dan menjauhi larangan-Nya,..

Andai sahabatku memahami isi hatiku ini,
Sahabat,.........
Cantik bukanlah satu ukuran di akhirat kelak,..
Tetapi,....
Amal ibadat kita yg dihitung di sana nanti,....


ukhwah fillah abadan abada ^__________^

Saturday, 10 September 2011

RaHsia caRa wAniTa bErJaLan

Salam ala'ik,,... coretan kali nie menyentuh tentang topik psikologi :)
jom kita kongsi ilmu sama-sama,..





Tahukah anda bahawa dengan memandang cara seseorang wanita berjalan saja sudah terungkap rahsia pada dirinya . Jadi kepada semua wanita perempuan girls , berjaga-jagalah ketika berjalan , mungkin ada orang menelek tingkah laku anda walau pun baru pertama kali bersua . Kalau anda nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai cara wanita berjalan cubalah baca artikel ini hingga habis . Penting tauu jangan main-main !


1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur , kalau berbual , mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain . Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya . Lebih parah , wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja . Padahal , wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya . Tapi jangan berkecil hati , kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki .
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia . Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur , suka menipu teman sendiri , dan merugikan teman bualnya , namun ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya . Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan .
3. Jika berjalan suka menunduk.

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup . Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya .Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya . Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun , jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia , dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya . Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar . Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat . Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil .
Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini , banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri .
6. Jika berjalan badan tampak tegak.

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain . Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh . Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya .
7. Jika berjalan seperti zirafah.

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang . Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung . Jadi , jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung , kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata .

p/s :
Berhati-hati ketika BERJALAN ye semua mungkin ada yang MEMERHATIkann anda . Cekidautt =>

Wednesday, 10 August 2011

♥dUha! hati,,berSABARlah~~♥

Kadang-2 bila kita dilanda dengan pelbagai ujian & dugaan, hati kita selalu saja merintih... macam-2 persoalan timbul dibenak hati sanubari kita kan?? (-_-)
alaa,,... normal la sebagai sorang hamba yg selalu lalai, leka, lupa dll.. time ditimpa ujian tu,mula la timbul macam-2 soalan,.. "kenapa, kenapa & kenapa??"
so kat entry kali nie,nik nak share sikit jwpn yg akan melembutkan hati kita yg gundah gelana tu...

"KENAPA AKU DIUJI?"
* Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji lagi? #Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar & sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta#
(Surah Al-'Ankabut : 2-3)

"KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN??"
* Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui#
(Surah Al-Baqarah : 216)


"KENAPA UJIAN SEBERAT INI???"
* Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya#
(Surah Al-Baqarah : 286)


"RASA KECEWA"
*Wahai orang-orang yg beriman ! Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dlm mengerjakan perkara-2 yg berkebajikan),& kuatkanlah kesabaran kamu lebih drpd kesabaran musuh,(dimedan perjuangan),& bersedialah (dgn kekuatan pertahanan di perbatasan negerimu) serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)#
(Surah Ali-'Imran : 200)
*Dan mintalah pertolongan (kpd Allah) dengan sabar & mengerjakan solat,Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yg khusyuk#
(Surah Al-Baqarah : 45)

"APA YG AKU DAPAT DARI SEMUA NI?"
*Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri & harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka........#
(Surah At-Taubah : 111)

"KEPADA SIAPA AKU BERHARAP"
*... Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal...#
(Surah At-Taubah : 129)


"AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!"
*Kami mengembirakanmu dengan jalan yang sungguh benar; oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang2 yang berputus asa.#
(Surah Al-Hijr : 55)
*Tidak ada orang yang berputus asa dari darmah Rabb-Nya, kecuali orang2 yang sesat.#
(Surah Al-Hijr : 56)
Allah SWT berfirman, *Dan jang kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.#
(Surah Yusuf : 87)
*Hai hamba2-ku yang melampaui baras terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputusasa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa2 semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.#
(Surah Az-Zumar : 53) 
 Semoga segala persoalan & rintihan yg melanda jiwa & sanubari kita terubat dgn janji-janji Allah,,
Sesungguhnya kepada kitab suci al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan kerana Al-Quran ialah penawar... penawar utk kita ... marilah kita kembali kpd Al-Quran, kembali mengamalkan ajaran yg terkandung dlm al-Quran sepenuhnya.,,,
♥ Semoga Allah memberkati kita ♥

Sunday, 7 August 2011

~~5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT~~


5 SYARAT UNTUK KITA SEMUA SEBELUM MELAKUKAN MAKSIAT


Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat.
Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,
"Jika kamu mahu menerima lima syarat & mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya & tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat & berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk & meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat & melakukan amal soleh'.Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala & segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda & mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Allah Taala berfirman :
"Allah mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata & apa yang tersembunyi di dada setiap hamba-Nya."
(Al-Ghafir : 19)

Allah Taala berfirman :
"Sesungguhnya Allah mengetahui akan segala isi hati yang tersemat di dada hamba-Nya."
(Al-Maidah : 7)


Ya Allah Ya Fattah Ya'Alim
I'm not the best Khalifah
but....
I'm trying my best to be the best Khalifah amongst the best
Show all of us to the right path, Ya Wahhab
Amiin Ya Robbal Alamiin....

Jom islahkan diri kita  :)


•♥•AndA! aKU adaLAH TULANG RUSUKMU yg HILANG•♥•

Andai aku adalah tulang rusukmu yang hilang, 
Aku berharap,jika nanti Allah mempertemukan kita,
Kau akan selalu membimbingku,
Agar aku menjadi wanita yang solehah,
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga,
Kerana aku ingin kita disatukan di dunia & akhirat,

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku,
Jadilah ayah yang bisa mendidik anak,
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia & akhirat,
Iaitu anak yang soleh dan solehah,
Yang bisa menjunjung tinggi agama Allah.
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Andai engkau ditakdirkan untukku,
Ku harap kau bisa menjadi imam buatku & anakku,
Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga,
Kau bisa mencintai aku apa adanya,
Dan bisa menyikapi kekurangan dengan penuh kebijaksanaan.
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Dan andai aku salah,
Tegurlah aku dengan kata-2 mu yang penuh dengan kelembutan & kebijaksanaan,
Andai aku marah,
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu,
Andai aku lupa,
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang,

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku hingga akhir hayat.

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana.... 

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku,
Yang selalu membawa aku ke jalan yang diredhai-Nya,

Jalan yang menuju syurga-Nya bersama dirimu ^____________^ 




~♥~ InsyaAllah,, aamiiin ~♥~ 

Wednesday, 3 August 2011

♥antara Dua cinta♥


Hatiku ibarat padang pasir yang tandus, punyai hati yang sungguh gersang dari cinta-Nya.. Cukup untuk aku merasa begitu jauh dengan diri-Nya. Dialah pemberi CINTA, maka mengapa aku lebih mencintai hamba-hambaNya terlebih dahulu?? Mengapa baru kini aku sedar akan semua kekhilafan diri ini?? Mencintai manusia,, hanya perit yang aku dapat bukan bahagia...
aku tidak mampu membezakan antara dua cinta yang harus aku utamakan.. (o_0)?? tapi aku amat bersyukur kerana aku telah dipilih untuk sedar dari kekhilafan diri selama ini.. Thank You Allah

Sewaktu aku jatuh, aku meminjam semangat darimu sang kekasih hati... bEt0l,semangatku kembali pulih apabila mengagumi dirimu itu,... Hatiku kembali terisi dengan IMAN saat mendengar kuliah-kuliah darimu... Tazkirah-2 mu,aku ngat sentiasa didalam kotak memori ingatanku,... satu PENGAKUAN, aku mengagumimu dalam diam,.. tidak berani aku menyatakan itu cinta kerana aku tidak mampu lagi untuk memberikan apa takrif tentang perasaanku padamu....

Kau pemuda SOLEH,disanjung dan dihormati ramai...sedangkan aku, wanita berduka,, solehahku TIDAK PASTI..... -_-"

Sekarang aku dalam perubahan,perubahan mengenal yg Maha Pencipta,... setiap ayat-2 cinta dari-Nya terkesan dalam diriku...
tenang.... damai..... aku tidak mampu memgambarkan perasaanku ketika sujud ku pada-Nya....
kini aku lebih banyak mengisi waktu bersama-Nya tetapi aku tetap tidak berani menyatakan ayat-2 cintaku padamu pemuda SOLEH... aku hanya mampu mengagumimu dari jauh.... (b_d)

Kerana ini bukan masanya, aku lebih percaya pada janji Allah
"LELAKI YANG SOLEH UNTUK WANITA YANG SOLEHAH" ^^,

Aku bermujahadah untuk menjadi solehah.... namun keutamaanku bukanlah untuk mendapat yg soleh,cuma aku hanya mampu membetulkan diri yang selama ini terpesong jauh...

Akhir kalam, aku mengagumimu kerana agama yang ada padamu... bukan kerana ketampanan wajahmu...
bukan kerana keturunanmu,
bukan jua kerana popularitimu.....
dan bukan kerana kemewahan harta milikmu..
tapi semata-mata agamamu wahai kekasih hati..
andai kata agamamu hilang, maka hilanglah cintaku padamu .... 
semoga kau beroleh rahmat dari-Nya.....

p/s: maafkan bilaku tak sempurna, cinta ini tak mungkin ku cegah,, ayat-2 cinta bercerita... cintaku padamu cintailah Dia sebelum dia

Monday, 1 August 2011

kata-kata Allah mengenai air mata wanita :)

Hargai air mata wanita

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya”mengapa engkau menangis?”kerana aku seorang wanita”,kata si ibu kepada kepadanya..”aku tidak mengerti”,kata anak itu.ibunya memeluknya dan berkata ,”anak ku tak akan pernah mengerti”.kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,”mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?” "semua wanita menangis tanpa alasan,”hanya itulah yang dapat dikatakan oleh ayahnya. anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi laki2 dewasa ,tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. akhirnya dia menghubungi Tuhan ,dan ia bertanya,”Tuhan mengapa wanita begitu mudah menangis??

Tuhan berkata :

Aku menciptakan seorang wanita ,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa .Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,namun ia cukup lembut untuk memberikan keselesaan”

“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anak”

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tabah ketika orang lain menyerah ,dan mengasuh keluarga dengan penuh penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh”

Aku memberikanya kepekaan untuk mencintai anak-anak dalam setiap keadaan,bahkan ketika anak-anak bersikap sangat menyakiti hatinya”

Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalan dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya”

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadangkala menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu”

Dan akhirnya ,aku memberinya air mata untuk dititiskan .ini adalah khusus miliknya untuk digunakan pada bila-bila masa ia memerlukannya”

“kau tahu, kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakan ,rupa yang ditampilkan ,atau bagaimana dia menyisir rambutnya”

“kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya ,kerana di situlah pintu hatinya-tempat dimana cinta itu berada”



renung-renungkanlah ,.. betapa istimewanya kita di sisi Allah,..
betapa berharganya seorang wanita,...
lakukanlah yg disuruh dan tinggalkanlah yg dilarang-Nya,..
insyaAllah tempat kita di syurga -_-"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
c0pyright@sEgaLa yg tERcataT di dLm bLog nie aDaLah Hak Milik Kekal Abadi Nik MustaQimah..Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.Penulisan ini bukan kerana harta,harta tidak menjamin ke syurga.Bukan juga kerana terpaksa,Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.Ini bukan kerana sesiapa,Penulisan ini hanyalah kerana Allah,Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,Gerbang menuju Jannah ..